Tuesday, November 30, 2021

Sekolah secara fizikal di Lembah Klang, Melaka bermula bulan depan

KPM juga menetapkan 8 November sebagai hari pertama persekolahan bagi murid Tahun 4,5 dan 6 termasuk Tingkatan 1 dan 2.

Other News

Semua sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya, Sekolah dan Melaka akan memulakan kelas secara fizikal bulan depan, dengan murid Tahun 1,2 dan 3, termasuk Tingkatan 3 dan 4 diminta untuk menghadiri sekolah pada 1 November.

Kementerian pendidikan (KPM) juga menetapkan 8 November sebagai hari pertama persekolahan bagi murid Tahun 4,5 dan 6 termasuk Tingkatan 1 dan 2.

Mereka berkata, langkah ini disebebkan peralihan keempat-empat negeri ini ke fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan sebelum ini.

“Kementerian pendidikan menetapkan jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan bawah kementerian mengikut ketetapan fasa baru akan dilaksanakan selepas dua (2) minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut,” kata KPM dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pelajar sekolah di Kedah dan Kelantan akan menghadiri sesi persekolahan mengikut Fasa Tiga PPN bermula 31 Oktober sementara Pulau Pinang, Perak dan Sabah akan turut menyusul sehari selepasnya.

Keputusan tersebut akan melibatkan murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK), selain sekolah yang akan menduduki peperiksaan awam, International Baccalaureate Diploma, serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD).

“KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri,” tambah KPM.

Pengumuman peralihan Lembah Klang ke Fasa Empat PPN dibuat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat susulan penurunan angka kes harian Covid-19 selain peningkatan kadar vaksinasi populasi Malaysia.

Di bawah Fasa Empat PPN, kesemua sektor awam dan swasta dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti penuh.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles