- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras 6,000

6,145 kes baru direkodkan hari ini menjadikan kes keseluruhan meningkat sebanyak 2,390,687 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Aktiviti riadah di taman rekreasi menjadi pilihan warga kota selepas sekatan pergerakan dilonggarkan ketika negara mencapai kadar vaksinasi melebihi 90%.
Aktiviti riadah di taman rekreasi menjadi pilihan warga kota selepas sekatan pergerakan dilonggarkan ketika negara mencapai kadar vaksinasi melebihi 90%.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,145 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,390,687 kes.

9,231 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,270,520.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 682 kes di mana 640 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 350 kes di mana 281 adalah kes Covid-19.

Dari 6,145 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 142 kes (2.3%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 7,003 kes (97.7%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.