- Iklan -
Berita

91.5% dewasa, 67.8% populasi lengkap divaksinasi

95.1% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membuat pemeriksaan aplikasi MySejahtera kepada pelanggan yang beratur untuk memasuki ruang berlepas di stesen KL Sentral yang pulang ke kampung halaman selepas rentas negeri dibenarkan.

22,146,626 individu atau 91.5% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara itu, 24,715,782 atau 95.1% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Dari segi populasi keseluruhan, 67.8% sudah menerima vaksin lengkap sementara 75.7% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kelantan dan Sabah kekal sebagai negeri yang belum mencecah 80% populasi divaksinasi lengkap, dengan masing-masing mencatat 75.1% dan 67.5%.

Sejumlah 128,347 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 46,761,751.