- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 lepasi 7,500

Kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 2,384,542.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelanggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beratur memasuki stesen Keretapi Tanah Melayu di Stesen KL Sentral untuk pulang ke kampung halaman selepas rentas negeri dibenarkan di seluruh negara.
Pelanggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beratur memasuki stesen Keretapi Tanah Melayu di Stesen KL Sentral untuk pulang ke kampung halaman selepas rentas negeri dibenarkan di seluruh negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,509 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,384,542 kes.

9,531 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,261,289.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 695 kes di mana 630 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 347 kes di mana 281 adalah kes Covid-19.

Dari 7,509 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 116 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 7,393 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.