Friday, December 3, 2021

Malaysia diundi duduki majlis hak asasi PBB bagi penggal 2022-2024

Ismail berkata Malaysia sedia memainkan peranan aktif dalam majlis itu seperti menjadi pemudah cara rundingan damai, pemboleh kerjasama dan pembina konsensus.

Other News

Malaysia berjaya meraih 183 undi untuk mengisi satu daripada 18 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022-2024.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran di laman Facebooknya malam tadi berkongsi berita gembira itu.

“Kejayaan Malaysia menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB merupakan pencapaian yang hebat dan pengiktirafan kepada status hak asasi manusia,” katanya yang turut mengucapkan tahniah atas pencapaian itu.

Beliau berkata Malaysia sedia memainkan peranan aktif seperti menjadi pemudah cara bagi rundingan damai, pemboleh kerjasama dan pembina konsensus.

“Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara anggota PBB untuk memajukan agenda hak asasi manusia di peringkat global sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.

“Ketika semua negara merangka kerja-kerja asas bagi pemulihan yang mampan dan inklusif pasca #Covid, hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan dalam semua usaha kita. Dalam kesatuan, demi kemanusiaan,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles