Thursday, December 2, 2021

Kini Rosmah boleh ke Singapura

Rosmah yang memohon pelepasan pasport sementara untuk bertemu anaknya yang bakal melahirkan anak kedua mesti memulangkan semula pasportnya pada atau sebelum 6 Disember.

Other News

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Rosmah Mansor yang mahu mendapatkan pasportnya bagi membolehkannya melawat anaknya yang dijangka melahirkan anak kedua di Singapura, selepas keputusan sama turut diambil dua hakim awal bulan ini yang membenarkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya.

Menurut Astro Awani, hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu dengan menetapkan syarat pasport tersebut perlu dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.

Mahkamah juga memberikan semula pasport beliau pada pada hari ini (15 Oktober) dan isteri bekas perdana menteri itu hanya boleh pergi ke Singapura dari 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.

Pada 11 Oktober, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan Zahid untuk mendapatkan pasport beliau untuk pergi ke Munich bagi rawatan sakit belakangnya.

Peguamnya, Ahmad Zaidi Zainal berkata permohonan tersebut dikemukakan kepada hakim Mohd Yazid Mustafa sambil menambah perbicaraan anak guamnya pada 22 Oktober depan tidak akan terganggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah juga turut membenarkan permohonan Zahid untuk mendapatkan pasportnya bagi tujuan sama.

“Permohonan ini dibenarkan dengan syarat ada penjamin tambahan. Hanya untuk kejelasan, tujuannya ialah untuk menjalani pembedahan dan lokasinya adalah terhad kepada Jerman,” katanya.

Presiden Umno itu telah memohon pelepasan sementara pasportnya pada 26 Okt untuk berlepas ke Jerman dan dijangka kembali ke tanah air pada 21 November.

Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu menteri dalam negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian dalam negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, €15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Sementara itu, Rosmah pula dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya Rizal Mansor

Ia sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada kementerian pendidikan secara rundingan terus.

Permohonan itu tidak dibantah timbalan pendakwa raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam.

Bagaimanapun, pendakwaan berkata, pemohon tidak boleh mengganggu tarikh perbicaraan dan memohon garis masa yang ditetapkan.

Perbicaraan di hadapan Mohamed Zaini bersambung 21 Oktober ini dengan pihak pendakwaan akan menyoal balas Rosmah.

Katanya, anak perempuan Rosmah mempunyai sejarah komplikasi berisiko tinggi ketika bersalin dan pemohon amatlah diperlukan berada di sisi anaknya bagi tempoh sebelum, sewaktu dan selepas bersalin.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles