Tuesday, December 7, 2021

Kes harian Covid-19 kembali menurun ke paras 7,000

Kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 2,377,033.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,420 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,377,033 kes.

11,413 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,251,758.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 700 kes di mana 635 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 364 kes di mana 282 adalah kes Covid-19.

Dari 7,420 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 108 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 7,312kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles