Wednesday, December 1, 2021

Pelaksanaan pentaksiran kemasukan sekolah khusus buka peluang murid ke SBP

PKSK membuka peluang kepada semua murid yang layak daripada semua jenis sekolah di Malaysia untuk mendaftar ke sekolah berasrama penuh.

Other News

Pelaksanaan pentaksiran kemasukan sekolah khusus (PKSK) membuka peluang kepada semua murid yang layak daripada semua jenis sekolah di Malaysia untuk ke sekolah berasrama penuh (SBP), kata Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon.

Beliau berkata kementerian pendidikan (KPM) sentiasa memberi perhatian dan mendukung dasar pendidikan yang ditetapkan kerajaan termasuk memastikan kejayaan lima aspirasi sistem pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

“KPM juga sentiasa melaksanakan tanggungjawab seperti dihasratkan dengan merangka dasar pengambilan lebih komprehensif tanpa sebarang pengabaian kepada mana-mana pihak mahupun golongan masyarakat di negara ini,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator T. Mohan yang ingin tahu justifikasi pelajar daripada sekolah kebangsaan (SK) sahaja dibenarkan untuk memohon ke SBP peringkat Tingkatan Satu dan mengapa pelajar cemerlang selain SK tidak dibenarkan.

Mah menjelaskan PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat dan dilaksanakan kepada murid yang memohon kemasukan ke sekolah khusus dengan pentaksiran itu merangkumi tiga komponen utama iaitu kecerdasan insaniah, kecerdasan intelek dan artikulasi penulisan.

Beliau berkata semua murid warganegara yang berdaftar dengan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM dari sekolah jenis kebangsaan (SJK), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) atau sekolah swasta adalah layak memohon kemasukan ke SBP bermula 2020 bagi sesi persekolahan 2021.

“Syarat pemilihan murid ke SBP adalah melepasi syarat minimum PKSK dan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Penawaran kemasukan ke SBP pula adalah tertakluk kepada dasar pemilihan SBP iaitu 60% murid daripada keluarga B40,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles