Tuesday, December 7, 2021

Kerja senggara di loji rawatan air Selangor dijangka siap 11 malam ini

Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna pada sebelah petang 14 Oktober.

Other News

Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) dimulakan pada 9 pagi tadi dan dijangka siap 11 malam ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam, Sabtu ini (16 Oktober).

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna bermula 5 petang, 14 Oktober setelah sistem bekalan air distabilkan.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

Beliau berkata Air Selangor akan menyediakan bantuan air alternatif melalui lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) dan pusat pemberian vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian.

Senarai lengkap kawasan terjejas, pili air awam dan stesen pengisian air komersial boleh didapati di Lampiran A dan juga laman pautan hentitugas.airselangor.com.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau mengajukan sebarang pertanyaan dan aduan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles