- Iklan -
Berita

Sarawak peruntuk RM16 juta geran tahunan khas untuk prasekolah sejak 2019

Geran tersebut turut digunakan untuk kerja-kerja baik pulih berskala kecil dan pembelian perabot bagi pusat pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak.

Bernama
2 minit bacaan
Kongsi
Geran tahunan kerajaan Sarawak juga adalah bagi membantu inisiatif kerajaan pusat menerusi Kemas, Prasekolah KPM dan tabika perpaduan.
Geran tahunan kerajaan Sarawak juga adalah bagi membantu inisiatif kerajaan pusat menerusi Kemas, Prasekolah KPM dan tabika perpaduan.

Kerajaan Sarawak meluluskan geran tahunan khas (GTK) berjumlah RM16 juta sejak 2019 untuk membantu institusi pendidikan awal kanak-kanak yang berdaftar di negeri ini, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Fatimah Abdullah.

Beliau berkata di bawah GTK tersebut, setiap institusi yang berdaftar layak menerima geran RM5,000 bagi menyediakan hidangan seimbang dan sihat, pembelajaran yang menyeronokkan, pembangunan profesional untuk guru dan penjaga, serta aktiviti melibatkan ibu bapa.

“Bagi mengurangkan impak Covid-19 terutamanya terhadap pusat pendidikan awal kanak-kanak swasta, kementerian membenarkan GTK digunakan untuk membantu pengusaha membayar sewa dan gaji pekerja serta memastikan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) dalam operasi mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Wong Soon Koh baru-baru ini, yang mendakwa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak memberi perhatian secukupnya kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut Fatimah, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg telah mengumumkan RM37 juta di bawah Belanjawan Negeri 2022 untuk institusi pendidikan awal kanak-kanak dan jagaan, pusat sehenti intervensi awal Sarawak dan pengoperasian 94 taska dan pusat jagaan kanak-kanak di bawah syarikat milik kerajaan negeri Sedidik Sdn Bhd.

Fatimah berkata bagi tahun ini sahaja, kementerianya telah meluluskan 2,755 daripada 2,946 permohonan di bawah GTK, termasuk membenarkan geran itu digunakan untuk kerja-kerja baik pulih berskala kecil dan pembelian perabot bagi pusat pendidikan awal kanak-kanak.

“Di bawah syarikat milik kerajaan negeri Sedidik, kami fokuskan pada keseimbangan, untuk memastikan kanak-kanak terutamanya di kawasan pedalaman tidak tercicir dalam pendidikan prasekolah. Ini bagi membantu inisiatif kerajaan pusat menerusi Kemas, Prasekolah KPM (kementerian pendidikan) dan tabika perpaduan,” katanya.

Selain mengadakan Hari Bakat Prasekolah Sarawak secara tahunan bagi pembangunan holistik kanak-kanak, kementeriannya juga menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru serta penjaga.

Katanya pihaknya juga mengiktiraf sumbangan guru-guru prasekolah dalam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) dengan menerbitkan buku bertajuk “Women in ECCE: Sowing The Seeds For The Future”.

Tambahnya, beliau berharap dengan penerbitan buku tersebut, pihak terbabit akan mendapat pencerahan tentang ECCE di Sarawak, selain menekankan bahawa kerajaan negeri sedang melakukan yang terbaik untuk