- Iklan -
Berita

Sarawak catat korban Covid-19 tertinggi

28 kematian dilaporkan hari ini termasuk 25 kematian tertunggak sejak 30 September.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
25 dari 28 kes kematian direkodkan hari ini adalah kes tertunggak dengan sembilan dilaporkan pada 10 Oktober, tujuh pada 8 Oktober, dua pada 7 Oktober dan satu pada 30 September. Gambar: Bernama
25 dari 28 kes kematian direkodkan hari ini adalah kes tertunggak dengan sembilan dilaporkan pada 10 Oktober, tujuh pada 8 Oktober, dua pada 7 Oktober dan satu pada 30 September. Gambar: Bernama

Sarawak hari ini melaporkan 28 kematian akibat Covid-19 termasuk kes tertunggak, angka kematian harian tertinggi sejak pandemik melanda negeri itu tahun lalu.

Jawatankuasa pengurusan bencana negeri itu berkata 25 kematian adalah kes tertunggak dengan sembilan dilaporkan pada 10 Oktober, tujuh pada 8 Oktober, dua pada 7 Oktober dan satu pada 30 September.

Menurut data kementerian kesihatan Github, jumlah pesakit Covid-19 unit rawatan rapi (ICU) di Sarawak meningkat sejak Ogos lalu, dengan menempatkan 108 kes aktive.

Kemasukan pesakit di Hospital dan penggunaan katil ICU kekal menunjukkan trend meningkat sejak Ogos.

Sarawak juga turut menyaksikan peningkatan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan sejak Ogos.

Menurut laman sesawang CovidNow, daripada keseluruhan 108 pesakit di ICU, 48 memerlukan bantuan alat pernafasan.