Wednesday, December 8, 2021

PM setuju ahli Parlimen Cameron Highlands dicalonkan sebagai timbalan speaker

Ramli Mohd Nor menjadi Orang Asli pertama dicalonkan bagi jawatan tersebut.

Other News

Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor telah dicalonkan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat semalam.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pencalonan Ramli itu mendapat persetujuan Perdana Menteri Ismal Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad berkata pencalonan Ramli sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat itu merupakan detik bersejarah kerana beliau merupakan Orang Asli yang pertama dicalonkan bagi jawatan berkenaan.

“YB Ramli Mohd Nor #Ahli Parlimen #Cameron Highlands dicalonkan sebagai timbalan speaker #DewanRakyat. Ini suatu sejarah, sebagai Orang Asli yang pertama dicalon,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Ahmad juga memaklumkan bahawa semalam merupakan hari terakhir untuk cadangan nama sebelum dibawa ke sidang pada 25 Oktober ini.

Pada 7 Oktober, Ahmad yang juga ahli Parlimen Pontian, menarik diri selepas dicalonkan bagi mengisi jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat setelah dikosongkan Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan pada 23 Ogos lepas.

Menurutnya keputusan untuk menarik diri itu bagi menumpukan usaha dan perhatian kepada tanggungjawabnya sebagai Setiausaha Agung Umno.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles