Friday, December 3, 2021

KM Sarawak umum belanjawan negeri sebanyak RM10 bilion bagi 2022

Ia adalah belanjawan kali pertama yang diumumkan tanpa dibentangkan di Dewan Undangan Negeri berikutan perintah darurat.

Other News

Ketua Menteri Abang Johari Openg hari ini mengumumkan belanjawan negeri sebanyak RM10.036 bilion bagi 2022, menjadikan ia sebagai belanjawan kali pertama yang tidak dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan perintah darurat yang masih berkuat kuasa di negeri itu.

Bercakap pada sidang media di Kuching, beliau berkata belanjawan tersebut akan menumpukan usaha-usaha pemulihan negeri daripada impak pandemik Covid-19.

“Ini adalah kali pertama kita berkongsi bajet kerana kita dalam keadaan darurat,” katanya sambil menambah beliau memiliki kuasa untuk meluluskan peruntukan daripada dana negeri yang terkumpul.

“Dengan anggaran hasil sebanyak RM10.036 bilion, dan jangkaan perbelanjaan biasa sebanyak RM10.64 bilion, ini bermakna kita akan berdepan defisit sebanyak RM600 juta.

“Belanjawan 2022 ini adalah belanjawan yang diperluaskan, bagi menumpukan usaha pemulihan pandemik. Belanjawan ini akan tertumpu kepada usaha melindungi dan mengembalikan kelangsungan hidup rakyat dan perniagaan-perniagaan kecil.”

Bagi membantu warga Sarawak berpendapatan rendah daripada sektor kelapa sawit dan pengusaha kecil, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan memperkenalkan dana khas dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.

“Bagi penternak ikan akan ada dana khas bagi pengusaha kecil, terutama dalam sektor kelapa sawit dan cili. Kita juga akan menyediakan skim dana pemerkasaan bagi memajukan komuniti perniagaan kecil untuk beradaptasi dengan norma baru ketika ini.

“Secara kesimpulannya, belanjawan ini adalah tertumpu kepada rakyat,” tambahnya.

Abang Johari turut mengumumkan bonus sebulan setengah gaji bagi kakitangan awam dan RM500 kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang bekerja di negeri itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles