Friday, October 22, 2021

70% bangunan kuil berusia 130 tahun di Pulau Pinang musnah dijilat api

Punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran Kuil Kek Lok Si itu masih dalam siasatan.

Other News

70% struktur bangunan kuil Kek Lok Si berusia 130 tahun di Air Itam, musnah selepas terbakar awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Menurut laporan, pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 2.56 pagi

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Muhammad Norhisyam berkata, sepasukan jentera Balai Bomba Paya Terubong dibantu Balai Bomba Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Menurut Norhisyam, pihaknya mendapati api sedang marak ketika pasukan bomba tiba.

“Kebakaran melibatkan sebuah tokong di atas bukit dan dianggarkan 70 peratus daripada struktur bangunan kuil itu musnah,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Pemeriksaan lanjut mendapati sebahagian struktur bangunan kuil berkenaan rosak teruk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.

Kuil Kek Lok Si yang merupakan pusat ziarah penting bagi masyarakat Buddha itu dibina pada 1890 hingga 1930.

Bangunan bersejarah terbesar di Malaysia itu juga adalah antara lokasi pelancongan popular di Pulau Pinang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles