Monday, October 18, 2021

Kes harian Covid-19 menurun bawah 7,000

6,709 kes baru direkodkan menjadikan kes keseluruhan meningkat sebanyak 2,346,303 kes.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,709 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,346,303 kes.

10,833 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,206,503.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 762 kes di mana 60 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 398 kes di mana 298 adalah kes Covid-19.

Dari 6,709 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 144 kes (2.1%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 7,565 kes (97.9%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles