- Iklan -
Berita

Lagi 0.3% untuk capai 90% dewasa lengkap divaksinasi

94.7% dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin sementara 89.7% telah lengkap divaksinasi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin secara walk-in beratur sebelum membuat pendaftaran untuk mendapatkan vaksinasi ketika hadir tanpa janji temu di Pusat Pemberian Vaksin Movenpick, Sepang.
Penerima vaksin secara walk-in beratur sebelum membuat pendaftaran untuk mendapatkan vaksinasi ketika hadir tanpa janji temu di Pusat Pemberian Vaksin Movenpick, Sepang.

21,207,610 individu atau 89.7% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara 24,424,885 atau 94.7% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Dari segi populasi keseluruhan, 64.9% telah lengkap divaksinasi sementara 74.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 141,897 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 45,521,196.