Friday, October 15, 2021

Kes harian Covid-19 menurun bawah 9,000

Kes keseluruhan Covid-19 Malaysia kini cecah 2,332,221 kes.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 8,743 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,332,221 kes.

14,422 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,184,711

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 770 kes di mana 714 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 419 kes di mana 304 adalah kes Covid-19.

Dari 8,743 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 122 kes (1.4%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 8,621 kes (98.6%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles