- Iklan -
Berita

Singapura rekod kes harian tertinggi lepasi 3,500

Singapura turut mencatat tiga kes kematian akibat Covid-19 semalam.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Singapura memperketatkan langkah pembendungan wabak dengan menghadkan dua orang dalam pertemuan sosial mewajibkan dasar bekerja dari rumah (BDR) selepas peningkatan kes Covid-19 kebelakangan ini. Gambar: Reuters

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 3,577 kes baru Covid-19 pada Khamis, tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Selain itu, Singapura turut melaporkan tiga kematian akibat Covid-19.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan seketika pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Singapura turut memperketatkan langkah pembendungan wabak dengan menghadkan dua orang dalam pertemuan sosial mewajibkan dasar bekerja dari rumah (BDR).

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.