Monday, October 18, 2021

Putrajaya akan umum kebenaran rentas negeri dalam beberapa hari lagi

Kebenaran rentas negeri dibenarkan dengan penguatkuasaan SOP sedia ada.

Other News

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kebenaran rentas negeri akan diumumkan dalam beberapa hari lagi dan tidak akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baru.

Khairy berkata kerajaan juga tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri Covid-19 kepada individu yang belum atau menolak vaksin, yang mahu merentas negeri.

Menurutnya, cadangan mewajibkan ujian kendiri sudah dikaji dan pihaknya mendapati ia sukar untuk dikuatkuasakan, sekali gus berharap semua pihak perlu jujur dan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga jika mahu merentas negeri.

“Kita dah kaji cadangan itu tapi tiada cara untuk kuatkuasakannya. Takkan nak laksana sekatan jalan raya untuk periksa setiap individu, kerana rakyat akan marah jika jalan sesak sedangkan mereka sudah tunggu lama untuk rentas negeri,” katanya.

Menurut Khairy, perkara pelaksanaan itu juga berbeza daripada gelembung pelancongan di Langkawi ketika ini kerana jumlah pelancong tidak ramai.

“Ini (rentas negeri) babitkan jalan keluar masuk di semua negeri, mustahil untuk kita periksa semua. Cuma SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedia ada akan terus digunakan,” katanya.

Khairy juga berkata individu belum divaksin yang merentas negeri tetap tidak boleh menikmati kelonggaran termasuk makan di restoran berbanding mereka yang telah menerima vaksin lengkap.

Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan membenarkan rentas negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas populasi dewasa mencapai sasaran 90% lengkap divaksinasi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles