Monday, October 18, 2021

Harga kit ujian kendiri akan diturunkan lagi

Penurunan harga kit ujian kendiri mengambil kira tempoh peralihan supaya pembekal memiliki masa mencukupi untuk menjual bekalan sedia ada.

Other News

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kementerian kesihatan (KKM) dan kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) bersetuju untuk menurunkan lagi harga kit ujian kendiri Covid-19.

Menurutnya, kedua-dua kementerian sudah berbincang mengenai penurunan harga kit ujian kendiri berkenaan, dan ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Khairy berkata penurunan harga kit ujian itu akan mengambil kira tempoh peralihan supaya pembekal memiliki masa mencukupi untuk menjual bekalan kit ujian kendiri sedia ada.

“KPDNHEP dan KKM sudah berbincang untuk menurunkan lagi harga kit ujian kendiri dan ia mungkin akan diumum dalam tempoh terdekat.

“Kita sudah ada harga untuk dijadikan harga siling yang adil kepada pengguna dan pembekal.

“Namun apabila diumumkan nanti, ia akan mengambil kira tempoh peralihan supaya pembekal memiliki tempoh untuk menjual stok sedia ada,” jelasnya pada sidang media hari ini.

Semalam, Khairy berkata orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu keluarga di luar lokaliti dinasihatkan menjalani ujian kendiri Covid-19.

Menurutnya lagi, apabila negara memasuki fasa endemik, kerajaan tidak lagi boleh melakukan sekatan jalan raya dan memeriksa individu berkenaan sudah lengkap divaksinasi atau belum.

“Kini tanggungjawab dan tingkah laku bergantung kepada individu itu sendiri. Saya percaya kita dapat menghadapi cabaran ini dalam #ReopeningSafely,” katanya

Keperluan untuk menjalankan ujian kendiri bagi merentas negeri telah menyebabkan kebimbangan harga kit ujian melambung tinggi.

Sebelum ini, harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri Covid-19 adalah RM19.90, manakala harga borong ditetapkan sebanyak RM16.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles