- Iklan -
Berita

88.8% dewasa, 64.8% populasi negara lengkap divaksinasi

Kini negara berbaki 1.2% untuk mencapai 90% individu dewasa lengkap divaksinasi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada penduduk Orang Asli Temuan di dalam ambulans yang dijadikan pusat vaksin bergerak di Sungai Gabai, Hulu Langat.

Sebanyak 20,786,568 individu atau 88.8% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara 22,134,242 individu 94.6% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Dari segi populasi keseluruhan, 64.8% telah lengkap divaksinasi sementara 74.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 209,907 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 45,007,832.