- Iklan -
Berita

Singapura catat kes harian Covid-19 lepasi 3,400

Negara itu turut melaporkan sembilan kematian akibat Covid-19 semalam.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki duduk untuk ujian saringan Covid-19 percuma di Singapura. Lebih 80% warga negara itu telah menerima vaksin setakat ini. Gambar: Reuters
Seorang lelaki duduk untuk ujian saringan Covid-19 percuma di Singapura. Lebih 80% warga negara itu telah menerima vaksin setakat ini. Gambar: Reuters

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 3,486 kes baru Covid-19 pada Khamis, tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Selain itu, Singapura turut melaporkan sembilan kematian akibat Covid-19.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.