- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 jangkau 9,000

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,503 hari ini disusuli Kelantan yang mencatat 1,170 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menyuntik vaksin Covid-19 di PPV Selangor.
Petugas kesihatan menyuntik vaksin Covid-19 di PPV Selangor.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 9,380 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,303,837 kes.

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,503 hari ini disusuli Kelantan yang mencatat 1,170 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 790, Kedah (556), Pulau Pinang (623), Perak (629), Kuala Lumpur (214), Pahang (511), Melaka (200), Negeri Sembilan (191), Terengganu (704), Selangor (1,116) dan Johor (1,105).

Putrajaya (18), dan Perlis (42) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (8) mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 13,045 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 2,144,681.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 851 kes di mana 800 daripadanya disahkan Covid-19 sementara 51 kes lagi kes disyaki dan masih dalam siasatan.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 447 kes di mana 348 adalah kes Covid-19 dan 99 lagi adalah kes disyaki dalam masih dalam siasatan.

Dari 9,380 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 181 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 9,199 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.