- Iklan -
Berita

Gelembung pelancongan Langkawi rekod 149 kes di pintu masuk pulau

40,458 pelawat disaring semalam di beberapa pintu masuk utama Langkawi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pelancong yang mahu ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 17 September lalu. Gambar: Bernama
Pelancong yang mahu ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 17 September lalu. Gambar: Bernama

Sejumlah 149 kes positif Covid-19 dikesan hasil saringan di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi sejak Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik bermula pada 16 September lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu direkodkan sehingga 12 tengah semalam melibatkan saringan seramai 40,458 orang merangkumi 34,038 orang di tujuh pintu masuk lapangan terbang dan 6,420 orang melalui feri di Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

“Seramai 36,842 orang telah menjalani saringan menggunakan kit ujian pantas (RTK) Antigen dan daripada jumlah ini, sebanyak 149 kes positif Covid-19 dikesan dan 186 individu lagi merupakan kontak rapat kepada 149 kes tersebut.

“Mereka telah diasingkan dan diberi perintah pemerhatian dan pengawasan (HSO),” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 semalam.

Beliau memaklumkan 641 orang telah menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum bertolak ke Pulau Langkawi dan kesemua keputusan adalah negatif manakala baki 2,975 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian Covid-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing.