Wednesday, October 27, 2021

Tak mengapa Umno kehilangan kerajaan Melaka, kata Zahid

Sebaliknya beliau mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

Other News

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak mengapa bagi beliau kehilangan kerajaan negeri yang dikuasai oleh partinya berikutan penarikan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali oleh empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dua daripada Umno.

Sebaliknya beliau mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

“Saya tidak mengapa kehilangan kerajaan negeri dikuasai parti saya. Tapi tunggulah saya fikir elok diadakan pilihan raya negeri supaya DUN Melaka dibubarkan.

“Kita beri mandat semula kepada rakyat untuk pilih mana kerajaan terbaik mentadbir negeri dan negara kita, insya-Allah,” katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mandat seeloknya diserahkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru bagi Melaka berikutan krisis politik yang berlaku di negeri itu.

Empat Adun yang mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri itu ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini diwakili 17 Adun yang terdiri daripada 14 (Umno), dua (Bersatu) dan satu Bebas manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh (DAP), dua (PKR) dan dua (Amanah).

Beikutan penarikan sokongan empat Adun itu kerajaan kepimpinan Sulaiman kini mempunyai sekadar 13 kerusi daripada 28 kerusi DUN, secara teknikal beliau kehilangan majoriti di DUN untuk terus menerajui kerajaan Melaka.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles