- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun ke paras 8,000

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,189 hari ini disusuli Kelantan yang mencatat 1,020 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan Jabatan Kemajuan Orang Asli memujuk penduduk kampung dari suku Temuan  untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin bagi menerima suntikan imunisasi mereka.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 8,075 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,285,640 kes.

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,189 hari ini disusuli Kelantan yang mencatat 1,020 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 677, Kedah (628), Pulau Pinang (853), Perak (548), Kuala Lumpur (151), Pahang (522), Melaka (219), Negeri Sembilan (108), Terengganu (636), Selangor (686) dan Johor (781).

Putrajaya (19), dan Perlis (36) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (2) mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 15,456 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 2,116,021.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 867 kes di mana 807 daripadanya disahkan Covid-19 sementara 60 kes lagi kes disyaki dan masih dalam siasatan.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 461 kes di mana 342 adalah kes Covid-19 dan 119 lagi adalah kes disyaki dalam masih dalam siasatan.

Dari 8,075 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 160 kes (2%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 7,915 kes (98%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.