- Iklan -
Berita

87.6% dewasa, 63.1% populasi lengkap terima vaksin Covid-19

Sejumlah 206,574 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah PICK kepada 44,352,079.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli keluarga mengambil kesempatan hujung minggu untuk beriadah ke Dataran Merdeka selepas Lembah Klang beralih ke Fasa Dua PPN.
Ahli keluarga mengambil kesempatan hujung minggu untuk beriadah ke Dataran Merdeka selepas Lembah Klang beralih ke Fasa Dua PPN.

20,621,994 individu atau 87.6% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara 23,833,382 atau 94.3% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Dari segi populasi keseluruhan, 63.1% telah lengkap divaksinasi sementara 73% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 206,574 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 44,352,079.