- Iklan -
Berita

87.2% populasi dewasa lengkap divaksin ketika vaksinasi jangkau 44 juta

94.3% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa Orang Asli Temuan duduk menunggu giliran untuk menerima vaksin di Kampung Orang Asli Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu. Suntikan vaksinasi seluruh negara kini lepasi 44 juta.
Beberapa Orang Asli Temuan duduk menunggu giliran untuk menerima vaksin di Kampung Orang Asli Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu. Suntikan vaksinasi seluruh negara kini lepasi 44 juta.

20,511,444 individu atau 87.2% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara 23,736,676 atau 94.3% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Dari segi populasi keseluruhan, 62.8% telah lengkap divaksinasi sementara 72.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 211,517 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 44,145,505.