- Iklan -
Berita

Singapura catat kes harian hampir 3,000, 8 korban akibat Covid-19

Singapura melaporkan 2,909 kes baru Covid-19 pada Jumaat, tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Singapura memakai pelitup muka ketika keluar bagi melindungi diri daripada Covid-19. Gambar: Reuters
Warga Singapura memakai pelitup muka ketika keluar bagi melindungi diri daripada Covid-19. Gambar: Reuters

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 2,909 kes baru Covid-19 pada Jumaat, tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Selain itu, Singapura turut melaporkan lapan kematian akibat Covid-19.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.