- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun bawah 11,000 jangkitan

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,121 disusuli Selangor sebanyak 1,386 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak membawa kotak berisi vaksin dan dibawa ke dewan orang ramai perkampungan orang asli untuk proses vaksinasi kepada suku Temuan di Sungai Congkak, Hulu Langat.

Malaysia mencatat 10,915 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan sebanyak 2,268,499 jangkitan.

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,121 disusuli Selangor sebanyak 1,386 kes.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 784, Kedah (574), Kelantan (1,288), Perak (862), Pulau Pinang (768), Kuala Lumpur (171), Pahang (504), Melaka (216), Negeri Sembilan (211), Terengganu (818) dan Johor (1,124).

Putrajaya (26), dan Perlis (58) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (4) mencatatkan kes satu digit hari ini.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.