Wednesday, October 27, 2021

PM beri jawatan pada 2 ahli Parlimen Umno sekutu Najib tarik sokongan terhadap Muhyiddin

Azalina Othman Said dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri dan Ahmad Jazlan sebagai pengerusi Felcra.

Other News

Dua ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Najib Razak dalam menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dilantik memegang jawatan dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi.

Sementara Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub dilantik sebagai pengerusi Felcra Bhd.

Jazlan mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin pada 9 Januari.

Pengerusi Umno Kelantan itu juga meletakkan jawatan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia selepas menyatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Azalina meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker pada 23 Ogos lalu.

Beliau berkata konflik antara peranan parti dan ahli Parlimen kerajaan sebagai antara alasannya selain menggesa jawatan speaker dan timbalan speaker dilantik dalam kalangan mereka yang tidak berpihak dan memegang jawatan politik.

Penarikan sokongan mereka berdua menjadikan majoriti dimiliki Muhyiddin rapuh sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Ogos lalu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles