- Iklan -
Berita

Kes baru terus meningkat di Singapura, rekod dua korban akibat Covid-19

2,478 kes baru Covid-19 dicatatkan pada Khamis.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Singapura menghadkan dua orang dalam pertemuan sosial selepas kes harian meningkat secara mendadak di negara itu. Gambar: Reuters
Singapura menghadkan dua orang dalam pertemuan sosial selepas kes harian meningkat secara mendadak di negara itu. Gambar: Reuters

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 2,478 kes baru Covid-19 pada Khamis, tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Selain itu, Singapura turut melaporkan dua kematian akibat Covid-19.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.

Bermula minggu ini, Singapura memperketatkan langkah kesihatan dengan menghadkan pertemuan sosial kepada dua orang dan mewajibkan bekerja dari rumah.