- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun bawah 12,000

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,413 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 1,568 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak bersiap sedia memakai pakaian pelindung diri sebelum melakukan proses vaksinasi kepada Orang Asli Temuan di Hulu Langat.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak bersiap sedia memakai pakaian pelindung diri sebelum melakukan proses vaksinasi kepada Orang Asli Temuan di Hulu Langat.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 11,889 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,257,584 kes.

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,413 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 1,568 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 872, Kedah (710), Kelantan (858), Perak (959), Pulau Pinang (779), Kuala Lumpur (289), Pahang (831), Melaka (378), Negeri Sembilan (197), Terengganu (699) dan Johor (1,217).

Putrajaya (36), dan Perlis (81) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (2) mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 15,891 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 2,070,715.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 904 kes di mana 850 daripadanya disahkan Covid-19 sementara 54 kes lagi kes disyaki dan masih dalam siasatan.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 492 kes di mana 380 adalah kes Covid-19 dan 112 lagi adalah kes disyaki dalam masih dalam siasatan.

Dari 11,889 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 179 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 11,710 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.