Tuesday, October 26, 2021

Bersatu lantik ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara ketuai sayap bukan Bumiputera

Bersatu turut menetapkan 18 dan 19 Disember untuk persidangan agung tahunan parti.

Other News

Bersatu melantik Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara sebagai ketua pertama bagi sayap bukan Bumiputera parti tersebut.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata keputusan tersebut diambil secara sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Tertinggi yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin semalam.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan percaya bahawa pelantikan Santhara mampu menarik lebih banyak penyertaan ahli-ahli bersekutu dan seterusnya meningkatkan sokongan rakyat daripada semua lapisan masyarakat kepada Bersatu,” katanya.

Beliau turut berkata persidangan agung tahunan parti itu akan diadakan pada 18 dan 19 Disember.

“Persidangan-persidangan tersebut akan dilakukan secara fizikal, maya atau ‘hybrid’ bergantung kepada kelulusan serta SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya.

Penubuhan sayap baru ahli bersekutu parti itu dilihat sebagai sebuah langkah untuk menyatukan keanggotaan dalam Parlimen dalam kalangan ahli Parlimen bukan Bumiputera yang keluar dari PKR ketika krisis politik 2020.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles