Tuesday, October 26, 2021

Kes harian Covid-19 di Singapura lepasi 2,000 jangkitan

2,236 kes baru Covid-19 direkodkan di negara itu pada Selasa.

Other News

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 2,236 kes Covid-19 pada Selasa, rekod tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.

Bermula minggu ini, Singapura memperketatkan beberapa langkah Covid-19 seperti menghadkan pertemuan sosial kepada dua orang dan mewajibkan dasar bekerja dari rumah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles