- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 jangkau 12,000, Sarawak kekal rekod jangkitan tertinggi

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,967 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 1,362 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai beratur dan membuat imbasan kod pada aplikasi Mysejahtera sebelum memasuki pusat beli-belah Midvalley bagi melakukan urusan mereka.
Orang ramai beratur dan membuat imbasan kod pada aplikasi Mysejahtera sebelum memasuki pusat beli-belah Midvalley bagi melakukan urusan mereka.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 12,434 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,232,960 kes.

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,967 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 1,362 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,000, Kedah (652), Kelantan (1,125), Perak (971), Pulau Pinang (863), Kuala Lumpur (284), Pahang (663), Melaka (375), Negeri Sembilan (169), Terengganu (612) dan Johor (1,289).

Putrajaya (18), dan Perlis (79) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (4) mencatatkan kes satu digit hari ini.