Wednesday, October 27, 2021

Data syarikat dari SSM ditawar untuk jualan dalam talian

Maklumat data ditawarkan termasuk profail syarikat dan butiran pengarah dan pemegang taruh syarikat.

Other News

Profail sekitar 1.4 juta syarikat di Malaysia ditawarkan untuk jualan dalam talian di forum penggodam sehari selepas pihak berkuasa menafikan pencerobohan data besar-besaran melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Seorang pengguna berkata data tersebut dikeluarkan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) termasuk beberapa profail syarikat yang mengandungi butiran pengarah dan pemegang taruh syarikat.

“Kami menjual data SSM ROC,” kata sebuah hantaran dalam forum tersebut.

“Jika anda sedang cari 8 juta data bagi ROB, jangan segan-segan mesej kami.”

Menurut hantaran tersebut, data itu ditawarkan dengan harga 0.3 bitcoin bagi pemberli perseorangan dan 1 bitcoin “jika anda kroni (disilang) pemilik www.ssm-einfo.my (dan kami tutup/henti jual data ini)”.

0.3 bitcoin adalah bersamaan dengan RM52,400.

Perkara tersebut adalah susulan dakwaan seorang pakar IT dalam ciapan Twitter yang mengatakan empat juta data peribadi warga Malaysian yang disimpan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilihat telah ditawarkan untuk jualan online dengan harga sekitar RM35,000.

Adnan Shukor turut berkongsi tangkap layar menunjukkan penjual tersebut menawarkan data yang dibocorkan melalui salah satu dari 10 agensi kerajaan yang menggunakan platform perkongsian myIDENTITY di mana data dari JPN dikongsi.

Menerusi tangkap layar tersebut, penawaran data itu termasuk sejumlah 32GB data dalam 19 fail mengandungi maklumat mereka yang lahir antara 1979 dan 1998, dengan butiran seperti alamat, nombor telefon dan gambar.

Ia juga turut menawarkan butiran kaum, agama dan nombor kad pengenalan.

Polis juga membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tersebut mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Dalam pada itu, LHDN menafikan sebarang kebocoran data peribadi, sambil menambah pihak mengesali dakwaan tersebut di mana ia boleh menghilangkan kepercayaan awam terhadap keselamatan maklumat dan data pengguna.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles