Saturday, October 23, 2021

Najib pertahankan GST, desak kerajaan perkenalkan semula

Beliau menggesa GST diperkenalkan secepat mungkin selepas negara pulih daripada krisis Covid-19. 

Other News

Bekas Perdana Menteri Najib Razak mempertahankan dasar kerajaan pimpinannya untuk memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan memperkenalkan semula GST secepat mungkin selepas negara pulih daripada krisis Covid-19.

Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan.

Tambah Najib, GST yang dipadankan dengan pakej bantuan kepada rakyat  memainkan peranan penting untuk mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin.

“Ini berlawanan dengan propaganda yang menyebabkan sebahagian rakyat termakan hasutan kononnya GST memangsakan golongan pendapatan rendah dan menyebabkan kenaikan harga barang-barang,” katanya ketika membahas Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) hari ini.

GST diperkenalkan Barisan Nasional pada 2015 untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) ketika mencelah perbahasan Najib berkata, tiga masalah membabitkan pelaksanaan GST ialah ketirisan perbelanjaan, rebat cukai yang lambat dan kadar pengangguran tinggi.

Perbahasan Najib turut beberapa dicelah oleh RSN Rayer (PH-Jelutong).

Najib yang mempertahankan pendiriannya berkata, GST sebenarnya membantu mengurangkan ketirisan akibat penguncupan ekonomi gelap bernilai RM300 bilion setahun.

“Harga barangan asas naik ketara setelah SST diperkenalkan semula menggantikan semula GST.

“GST adalah cukai penggunaan. Lagi tinggi perbelanjaan, lagi tinggi pembayaran GST,” katanya.

Najib yang juga ahli Parlimen Pekan itu berkata, nilai kutipan GST yang diagihkan kepada golongan bekeperluan lebih tinggi daripada jumlah GST yang perlu dibayar mereka.

Pendirian Najib turut disokong Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, kadar inflasi turun ketika GST dilaksanakan.

“Kutipan GST sebanyak RM44 bilion berbanding SST cuma RM21 bilion, ada tambahan RM23 bilion.

“Apabila dimansuhkan GST pada 2018 dan diganti enam cukai baharu, dan tiga kenaikan cukai, ia juga membebankan rakyat,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles