- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 jangkau 11,000 sekali lagi

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,358 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,319 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin dos pertama hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi tanpa janji temu di Stadium Bukit Jalil pada September lalu.
Penerima vaksin dos pertama hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi tanpa janji temu di Stadium Bukit Jalil pada September lalu.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 11,332 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,220,526 kes.

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,358 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,319 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 965, Kedah (819), Kelantan (1,088), Perak (678), Pulau Pinang (895), Kuala Lumpur (240), Pahang (677), Melaka (303), Negeri Sembilan (89), Terengganu (629) dan Selangor (1,231).

Putrajaya (19), dan Perlis (19) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (4) mencatatkan kes satu digit hari ini.

MENYUSUL LAGI