- Iklan -
Berita

Pembentangan RMK12 oleh PM tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini

Selain itu, Miti, kementerian pertahanan dan KKR akan mengemukan jawapan balas bagi menjawab beberapa pertanyaan ahli Dewan Rakyat hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini tertumpu kepada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, satu hala tuju yang bakal memacu negara bagi tempoh 2021-2025.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, Ismail dijangka mengemukakan usul RMK12 pada 11.30 pagi, sebaik selesai sesi pertanyaan bagi jawab lisan yang bermula 10 pagi.

Selain itu, takwim Dewan Rakyat memaklumkan selepas pembentangan itu, persidangan dewan akan ditangguhkan pada Selasa untuk sesi perbahasan RMK12 oleh ahli Dewan Rakyat yang dijadual selama empat hari.

Bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia, RMK12 dijangka memberi keutamaan kepada aspek kebajikan, perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat yang menjadi keutamaan berbanding projek mega baru.

Sementara itu, isu berhubung rancangan strategik kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) untuk terus menjadikan Malaysia negara mesra pelabur pasca Covid-19 bagi menarik pelaburan syarikat gergasi antarabangsa akan dikupas pada persidangan hari ini.

Soalan pertama berkenaan dikemukakan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada menteri perdagangan antarabangsa dan industri semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Selain itu, Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) akan bertanya mengenai maklum balas terkini status vaksinasi kepada pekerja tempatan dan asing di sektor pembinaan kepada menteri kerja raya.

Hasan Bahrom (PH-Tampin) pula akan mengajukan pertanyaan kepada menteri kanan pertahanan mengenai perancangan aspek kebajikan khususnya perumahan mampu milik kepada anggota tentera yang bersara, berpencen atau tidak.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober.