- Iklan -
Berita

Lebih dari 60% populasi negara lengkap vaksinasi

83.7% populasi dewasa telah menerima vaksin lengkap sementara 93.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Lembah Klang mengambil kesempatan cuti hujung minggu berkunjung ke kawasan Sungai Congkak, Hulu Langat untuk beriadah bersama ahli keluarga selepas Selangor dan Kuala Lumpur beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

Lebih dari 60% populasi Melaysia lengkap vaksinasi Covid-19 setakat semalam selepas 19,633,681 orang atau 60.1% lengkap divaksinasi.

Sementara 22,834,060 atau 69.9% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.

Bagi populasi dewasa, 83.7% telah menerima vaksin lengkap sementara 93.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Sejumlah 269,465 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 42,375,862.