- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun ke paras 13,000

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,943 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 1,558 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Selangor mengambil kesempatan cuti hujung minggu berkunjung ke kawasan Sungai Congkak, Hulu Langat  selepas Putrajaya mengumumkan negeri Lembah Klang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara bermula 10 September 2021 lalu.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 13,104 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,198,235 kes.

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,943 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 1,558 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,078, Kedah (721), Kelantan (1,206), Perak (994), Pulau Pinang (955), Kuala Lumpur (270), Pahang (604), Melaka (362), Negeri Sembilan (165), Terengganu (685) dan Johor (1,455).

Putrajaya (24), dan Perlis (80) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (4) mencatatkan kes satu digit hari ini.