Wednesday, October 27, 2021

PM beri bayangan orang ramai boleh rentas negeri beberapa minggu lagi

Pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai adalah perkara paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia ketika ini.

Other News

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan “dalam beberapa minggu lagi”.

Beliau berkata ini kerana sehingga Rabu lepas (22 September) 81% populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90% untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.

“Insyallah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90% dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

“Kalau Rabu lepas sudah capai 81%, maknanya sudah tidak lama lagi nak (boleh) rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa. Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia semalam.

Rabu lepas perdana menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90% kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat kementerian kesihatan (KKM).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles