- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 menurun bawah 14,000

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,712 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,341 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil peluang mengunjungi kawasan riadah selepas Lembah Klang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Orang ramai mengambil peluang mengunjungi kawasan riadah selepas Lembah Klang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 13,899 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,185,131 kes.

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,712 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,341 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 962, Kedah (708), Kelantan (1,170), Perak (1,128), Pulau Pinang (1,060), Kuala Lumpur (310), Pahang (779), Melaka (339), Negeri Sembilan (194), Terengganu (760) dan Johor (1,377).

Putrajaya (37), dan Perlis (17) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (5) mencatatkan kes satu digit hari ini.

MENYUSUL LAGI