- Iklan -
Berita

Singapura rekod kes baru tertinggi sejak pandemik melanda

1,504 kes baru Covid-19 direkodkan pada Khamis.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Singapura yang menaiki komuter memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal bagi membendung Covid-19. Gambar: AP
Warga Singapura yang menaiki komuter memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal bagi membendung Covid-19. Gambar: AP

Menteri kesihatan Singapura melaporkan 1,504 kes baru Covid-19 pada Khamis, tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.