- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 lepasi 14,500 jangkitan

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,825 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,244 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang peniaga menunggu pelanggan di kawasan Dataran Merdeka. Penduduk Lembah Klang yang telah lengkap vaksinasi Covid-19 menikmati kelonggaran melakukan aktiviti sosial bersama keluarga dengan menjaga SOP kesihatan selepas beralih ke Fasa Dua PPN.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 14,554 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,171,232 kes.

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,825 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,244 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,273, Kedah (908), Kelantan (910), Perak (1,144), Pulau Pinang (1,231), Kuala Lumpur (371), Pahang (598), Melaka (401), Negeri Sembilan (157), Terengganu (690) dan Johor (1,807).

Putrajaya (30), dan Perlis (65) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan tidak mencatatkan kes hari ini.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 1,049 kes.

Daripada jumlah itu, kes memerlukan bantuan alat pernafasan adalah sebanyak 599 kes.

Berhubung kapasiti penggunaan katil, setakat semalam 62% katil bukan ICU telah digunakan sementara 73% katil ICU digunakan bagi pesakit Covid-19.