- Iklan -
Berita

81.8% dewasa, 58.7% populasi Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Sementara 93.5% dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 bagi pekerja hotel dalam program vaksinasi pekerja industri. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 bagi pekerja hotel dalam program vaksinasi pekerja industri. Gambar: Bernama

19,180,397 orang atau 81.8% populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19 setakat semalam.

Sementara 22,481,986 atau 93.5% lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 58.7% telah menerima vaksin lengkap sementara 68.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Sejumlah 326,612 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 41,573,883.