- Iklan -
Berita

81% dewasa lengkap vaksinasi dengan lebih 41 juta suntikan diberi secara keseluruhan

93.3% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada penduduk Orang Asli Temuan di dalam ambulans yang dijadikan pusat vaksin bergerak di Sungai Gabai, Hulu Langat.

Lebih dari 41 juta dos vaksin Covid telah diberikan di seluruh negara setakat ini dengan 81% populasi dewasa atau 18,986,347 orang lengkap menerima vaksin setakat semalam.

Sementara 93.3% atau 22,348,422 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 58.1% telah menerima vaksin lengkap sementara 68.4% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Sejumlah 321,342 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 41,247,271.