- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 menurun bawah 15,000

Selangor kembali mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,414 disusuli Johor yang mencatat 1,880 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai beratur ketika menaiki bas di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dengan mematuhi SOP penjarakan fizikal bagi kembendung penularan Covid-19.
Orang ramai beratur ketika menaiki bas di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dengan mematuhi SOP penjarakan fizikal bagi kembendung penularan Covid-19.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 14,990 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,142,924 kes.

Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,414 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,880 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,199, Kedah (1,007), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Kuala Lumpur (338), Pahang (688), Melaka (313), Negeri Sembilan (170), Terengganu (852) dan Sarawak (1,712).

Putrajaya (30), dan Perlis (97) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (3) mencatatkan kes harian satu digit hari ini.

MENYUSUL LAGI