Saturday, October 23, 2021

Batal Nga Kor Ming pengerusi sidang keputusan sendiri, kata speaker

Azhar Azizan Harun menafikan didorong atau ditekan oleh mana-mana individu untuk menukar fikiran berhubung soal menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.

Other News

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan didorong atau ditekan oleh mana-mana individu untuk menukar fikiran berhubung soal menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming untuk mempengerusikan sesi Dewan Rakyat semalam.

Azhar mengakui memberi surat kepada Kor Ming untuk menggantikan dirinya memandangkan beliau diberikan kuasa berdasarkan Peraturan Mesyuarat 7 (3) untuk melantik ahli Dewan Rakyat menggantikan dirinya mempengerusikan mesyuarat.

“Saya memang bagi surat kepada Teluk Intan kerana beliau bersedia. Saya tukar fikiran kemudian pada saat akhir.

“Jadi sesi semalam sahlah kerana saya balik semula untuk mempengerusikan mesyuarat.

“Saya tidak didorong atau ditekan oleh sesiapa untuk menukar fikiran. Saya cuma guna kuasa saya untuk tukar fikiran,” katanya ketika ditanya oleh Gobind Singh Deo (PH-Puchong) hari ini.

Beliau menjawab tuduhan ahli-ahli Parlimen pembangkang bahawa beliau ditekan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali untuk menukar Nga.

Laporan sebelum ini mendakwa “menteri kanan” itu menelefon Azhar supaya tidak menggantikan speaker dengan Nga.

Susulan itu, beberapa ahli Parlimen pembangkang dalam Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan sekiranya menteri kanan tersebut adalah Mohamed Azmin Ali.

Desakan mereka juga menganggu perbahasan Ahli Parlimen Tampin, Hasan Bahrom.

Nga dijadualkan untuk mempengerusikan sidang petang Parlimen semalam namun Azhar meneruskan tugas sebagai speaker selepas waktu rehat.

Terdahulu, beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan membuat kecoh dengan mendesak Timbalan Speaker, Rashid Hasnon mengesahkan dakwaan tersebut.

Rabu lalu ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said yang juga bekas timbalan speaker mempengerusikan sementara mesyuarat Parlimen.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles